Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang hubungan etnik di Malaysia yang mana ianya merupakan proses hubungan sosial yang dinamik. Tujuan kurus ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar tentang konsep kesepaduan sosial, potret hubungan etnik, konsep-konsep asas hubungan etnik, pluraliti dan masyarakat pluralistik di Malaysia, pembangunan politik, pembangunan ekonomi, dan perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, integrasi dan menangani cabaran, agama dan masyarakat, sumbangan kerajaan dan masyarakat dan inter-etnik dan intra-etnik. Objektif mata pelajaran ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar tentang konsep kesepaduan sosial, konsep-konsep asas hubungan etnik, pluraliti dan masyarakat pluralistik. Pelajar juga didedahkan dengan konsep pembangunan politik, ekonomi dan perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.