Kursus ini adalah kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk melakukan penambahbaikan dari struktur matapelajaran wajib ke arah mempertingkatkan kualiti modal insan sejajar dengan matlmat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

MPU bertujuan melahirkan graduan yang holistik, menghayati nilai-nilai patriotism dan jati diri beracuankan Malaysia seta menguasai kemahiran insanian kearah memenuhi kebolehpasaran kerja dan seterusnya kebolehdapatan kerja. Disamping itu, kursus ini berperanan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan penghayatan terhadap nilai-nilai mulia dan sejarah

Kursus ini menerangkan tentang konsep Nikmat dan kesyukuran sebagai satu asas yang mendorang memahami tujuan penciptaan manusia dalam Islam yang menjadi asas kefahaman terhadap keperluan manusia terhadap Islam. Seterusnya ia menerangkan tasawwur Islam dan asas-asasnya yang merangkumi perkara berkaitan Akidah, Syariah dan Akhlak. Penumpuan juga diberikan terhadap asas kefahaman, aplikasi dan kesan-kesan Akidah, Syariah dan Akhlak Islam dalam kehidupan pelajar sains kesihatan.

Objektif mata pelajaran ini ialah untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang tujuan utama penciptaan manusia dan keperluan mereka untuk hidup berpandukan sistem kehidupan yang ditetapkan oleh Islam bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.